Nama-nama Korea

Terdapat pelbagai nama Korea yang digunakan hari ini, yang berasal dari kerajaan dan dinasti kuno. Nama moden Korea adalah istilah yang berasal dari zaman Goryeo[1] dan digunakan oleh Korea Utara dan Korea Selatan dalam konteks antarabangsa. Dalam bahasa Korea, kedua-dua negara Korea itu menggunakan istilah yang berbeza untuk merujuk kepada negara yang bersatu: Chosŏn (조선, 朝鮮) di Korea Utara dan Hanguk (한국, 韓國) di Korea Selatan. Etnik Korea yang tinggal di China dan Jepun juga menggunakan istilah Chosŏn untuk merujuk Korea.

  1. ^ Kyu Chull Kim (8 March 2012). Rootless: A Chronicle of My Life Journey. AuthorHouse. m/s. 128. ISBN 978-1-4685-5891-3. Dicapai pada 19 September 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by razib.in